Sekolah Kebun Baharu

Sejarah Sekolah

Pada 9 April 1951, sekolah ini mula dibuka dengan murid seramai 57 orang iaitu 28 murid lelaki dan 29 murid perempuan. 17 April 1951, En. Johari b. Jalal bersama anak perempuannya, Cik Normah bt. Johari mula bertugas.

Bangunan sekolah dirasmikan dan sekolah dinamakan Sekolah Melayu Kebun Baharu sempena nama kampung yang baru dibuka dan telah mendapat persetujuan penduduk kampung sebagai lambang persepakatan. Murid telah meningkat kepada 95 orang.

Bilangan guru yang bertugas juga bertambah menjadi 5 orang iaitu:

1. En. Johari b. Jalal (Guru Besar)
2. Cik Normah bt. Johari
3. En. Bahari b. Bahauddin
4. En. Harun b. Hj. Ahmad
5. En. Ahmad b. Ishak

Pada tahun 1961, nama Sekolah Melayu Kebun Baharu ditukar menjadi Sekolah Kebangsaan Kebun Baharu atas arahan Kementerian Pelajaran ketika itu, sesuai dengan beberapa perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan negara pada ketika itu.

Bangunan Kerajaan

Setelah negara mencapai kemerdekaan, kerajaan bersetuju untuk membina sebuah bangunan sekolah yang baru pada tahun 1964. Bangunan baru ini mempunyai 3 buah bilik darjah.

Walaubagaimanapun, bangunan ini tidak mampu menampung jumlah murid yang semakin bertambah. Oleh itu, sebuah bangunan sementara telah didirikan.

Pada tahun 1970, dua bangunan berkembar telah dibina. Bangunan yang diperbuat daripada batu dan beratapkan asbestos ini mengandungi 6 buah bilik darjah, pejabat, bilik guru dan tandas.

Bangunan ini siap dibina pada tahun 1971. Perasmiannya telah disempurnakan oleh YB Encik Hussein bin Onn, Menteri Pelajaran Malaysia pada ketika itu.