Bagi pihak semua warga sekolah ini, saya mengucapkan selamat melayari laman web rasmiĀ Sekolah Kebangsaan Kebun Baharu dan terima kasih di atas kunjungan anda ke sini.
Pertemuan kita ini menggambarkan kejayaan usaha kami untuk meletakkan SKKB di jendela dunia yang tidak mempunyai sempadan dalam alam siber ini.
Saya berharap semua mantan Guru Besar, bekas guru dan murid SK Kebun Baharu akan dapat menjalin hubungan semula dengan sekolah lama mereka.
Seterusnya memberi bantuan dan perkhidmatan dalam apa-apa bentuk sekali pun dengan menghubungi kami melalui surat elektronik atau e-mail.
Kepada semua pelawat yang budiman, anda dipelawa untuk menghantar sebarang pandangan atau komen bagi membantu meningkatkan keberkesanan pengurusan pendidikan di sekolah ini.
Saya juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pengurus laman web ini iaitu syarikat Pemaju Digital Sdn. Bhd. kerana berjaya menjadikan laman web sekolah ini satu kenyataan.
SELAMAT MELAYARI LAMAN WEB SEKOLAH KAMI.
En. Noor Faiz Bin Dasuki
Guru Besar SK Kebun Baharu