Sekolah Kebun Baharu

300 Penjaga Hadiri Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-50

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Kebun Baharu telah mengadakan Mesyuarat Agung buat kali ke-50 pada 13 Mei 2023 bertempat di Dataran Iltizam SK Kebun Baharu. Mesyuarat Agung itu telah disempurnakan perasmiannya oleh Prof. Madya Dr. Aruan Efendy bin Mohd Ghazali yang merupakan Pengarah Unit Endowmen, Universiti Teknologi MARA.

Dalam ucapannya, Dr. Aruan Efendy mengucapkan tahniah kepada ibu bapa yang hadir sambil mengharapkan kerjasama yang erat dapat diberikan kepada pengurusan sekolah terutama dalam aktiviti yang melibatkan anak-anak mereka. Turut berucap sebelum itu ialah Guru Besar, Encik Noor Faiz bin Dasuki dan Yang diPertua PIBG, Encik Norazmil bin Abd Saman.

Seperti tahun-tahun sebelum itu, Yang diPertua PIBG iaitu Encik Norazmil bin Abd Saman telah membentangkan minit mesyuarat agung dan penyata kewangan bagi sesi yang lepas. Beberapa cadangan dan usul juga telah dibincangkan dengan penerangan dan jawapan telah diberikan oleh Guru Besar SK Kebun Baharu.

Pemilihan Ahli Jawatankuasa yang baharu bagi sesi 2023/2024 telah dijalankan di mana sebahagian besar AJK yang lama telah dilantik semula. Encik Norazmil telah dipersetujui sebulat suara untuk kekal menerajui PIBG sebagai YDP.

Terima kasih kepada ibu bapa yang hadir ke mesyuarat agung ini. Semoga perbincangan yang berlangsung sepanjang mesyuarat agung ini akan menambahkan kefahaman ibu bapa tentang perjalanan pengurusan sekolah.

BARISAN PENTADBIR


Guru Besar
Encik Noor Faiz bin Dasuki
 

Guru Pen. Kanan PENTADBIRAN
Encik Roslan bin Supar
 

Guru Pen. Kanan HEM
Encik Fakhruddin bin Baharum
 

Guru Pen. Kanan KOKURIKULUM
Puan Masni binti Ibrahim
 

Guru Pen. Kanan PETANG
Puan Saiyah binti Naharani @ Aloi