Sekolah Kebun Baharu

Pentadbir SKKB Raikan Guru Dan Rakan Sejawat Dengan Jamuan Hari Raya

Barisan pentadbir SK Kebun Baharu telah mengadakan Jamuan Rumah Terbuka Aidil Fitri pada 10 Mei 2023 bertempat di Dataran Iltizam, SK Kebun Baharu. Rumah Terbuka itu bertujuan untuk meraikan guru-guru dan kakitangan SK Kebun Baharu serta rakan sejawat dari seluruh pelusuk daerah Kuala Langat.

Jamuan yang bermula pada jam 9.30 pagi itu turut menjemput pemimpin-pemimpin masyarakat Kampung Kebun Baharu. Antara menu yang disediakan seperti nasi minyak, bakso, soto, mee goreng, kuih-muih, buah-buahan dan pelbagai juadah yang menyelerakan. Jamuan tersebut berlangsung dengan meriah sambil diiringi dengan lagu-lagu raya yang menyamankan halwa telinga.

Turut diadakan adalah program RIMUP di mana sekolah jemputan iaitu SRJK (T) Telok Panglima Garang hadir membawa seramai 4 orang murid untuk menyertai aktiviti yang disediakan iaitu belajar cara menganyam ketupat. Aktiviti itu dikendalikan oleh dua orang guru SK Kebun Baharu iaitu Cikgu Abd Hamid bin Othman dan Cikgu Norimla binti Mohd Osman.

Rumah Terbuka itu ternyata berjaya mengeratkan hubungan sesama warga SK Kebun Baharu dan juga hubungan dengan rakan sejawat dari sekolah lain. Semoga hubungan ini akan berkekalan.

BARISAN PENTADBIR


Guru Besar
Encik Noor Faiz bin Dasuki
 

Guru Pen. Kanan PENTADBIRAN
Encik Roslan bin Supar
 

Guru Pen. Kanan HEM
Encik Fakhruddin bin Baharum
 

Guru Pen. Kanan KOKURIKULUM
Puan Masni binti Ibrahim
 

Guru Pen. Kanan PETANG
Puan Saiyah binti Naharani @ Aloi