Sekolah Kebun Baharu

Kerjasama Erat Guru Dan Ibu Bapa Diteruskan Menerusi KSIB

Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) kini memasuki tahun keduanya di SK Kebun Baharu apabila disempurnakan pelancarannya untuk sesi persekolahan 2023/2024. Yang diPertua PIBG SK Kebun Baharu, Encik Norazmil bin Abdul Saman telah hadir untuk melancarkan Program KSIB tersebut pada 10 April 2023 bertempat di Dataran Iltizam.

Dalam ucapannya, beliau memuji usaha pihak sekolah yang melibatkan ibu bapa untuk sama-sama berganding bahu meningkatkan keceriaan kelas dan sekolah. Usaha ini telah terbukti tahun lepas apabila kebanyakan kelas telah dipertingkatkan keceriaannya hasil kerjasama ibu bapa dan guru kelas.

Guru Besar SK Kebun Baharu, Encik Noor Faiz bin Dasuki turut berucap dalam majlis tersebut. Beliau merakamkan ucapan penghargaan kepada PIBG dan ibu bapa yang telah menyumbang tenaga dan wang ringgit demi memastikan kelas anak-anak mereka berada dalam keadaan ceria dan bersih.

Sesungguhnya KSIB merupakan satu program yang baik untuk memupuk semangat kerjasama antara guru dan ibu bapa. Semoga program ini berjalan lancar sebagaimana yang dirancang.

Admin MHS

BARISAN PENTADBIR


Guru Besar
Encik Noor Faiz bin Dasuki
 

Guru Pen. Kanan PENTADBIRAN
Encik Roslan bin Supar
 

Guru Pen. Kanan HEM
Encik Fakhruddin bin Baharum
 

Guru Pen. Kanan KOKURIKULUM
Puan Masni binti Ibrahim
 

Guru Pen. Kanan PETANG
Puan Saiyah binti Naharani @ Aloi