Sekolah Kebun Baharu

Program Ihya’ Ramadan 1444H SKKB Dilancar

Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Unit Sambutan Perayaan Sekolah telah mengatur pelbagai aktiviti sepanjang bulan Ramadan sempena kedatangan bulan Ramadan 1444H/2023. Sehubungan dengan itu, satu majlis pelancaran Program Ihya’ Ramadan telah diadakan di Dataran Iltizam pada 24 Mac 2023 yang lalu.

Majlis tersebut telah disempurnakan pelancarannya oleh Guru Besar SK Kebun Baharu, Encik Noor Faiz bin Dasuki. Dalam Ucapannya beliau mengharapkan warga SK Kebun Baharu akan mengisi masa sepanjang bulan Ramadan dengan menyertai pelbagai aktiviti bermanfaat yang telah diatur oleh jawatankuasa pelaksana program tersebut.

Turut dilancarkan pada majlis tersebut adalah Tabung Ihya’ Ramadan di mana Encik Noor Faiz menjadi orang pertama yang membuat sumbangan derma ke dalam tersebut. Semoga segala yang dirancang oleh jawatankuasa pelaksana akan berjalan dengan lancar dan memberikan manfaat kepada warga SK Kebun Baharu.

Admin MHS

BARISAN PENTADBIR


Guru Besar
Encik Noor Faiz bin Dasuki
 

Guru Pen. Kanan PENTADBIRAN
Encik Roslan bin Supar
 

Guru Pen. Kanan HEM
Encik Fakhruddin bin Baharum
 

Guru Pen. Kanan KOKURIKULUM
Puan Masni binti Ibrahim
 

Guru Pen. Kanan PETANG
Puan Saiyah binti Naharani @ Aloi