Pada 14, 15 dan 16 Mac 2023 selama tiga hari berturut-turut, guru-guru telah hadir ke sekolah menghadiri mesyuarat sebagai persiapan pembukaan sekolah bagi sesi 2023/2024. Mesyuarat tersebut telah berlangsung di Dataran Iltizam dan turut dihadiri oleh barisan pentadbir.
Sepanjang mesyuarat tersebut diadakan, guru-guru telah diberi taklimat tentang tugas-tugas yang perlu dilaksanakan sepanjang sesi persekolahan akan datang. Pelbagai perkara dan butiran penting tentang sesi persekolahan 2023/2024 turut disentuh dalam mesyuarat tersebut. Guru-guru juga telah melafazkan ikrar taat setia serta amanah dalam menjalankan tugas.
Terpancar keterujaan dan kegembiraan di wajah guru-guru untuk memulakan tugas bagi sesi persekolahan yang baharu. Semoga guru-guru dapat menjalankan tugas mereka dengan baik dan cemerlang.
Admin MHS