Sekolah Kebun Baharu

Cikgu Solehah Dirai Pada hari Terakhirnya Di SKKB

Cikgu Nur Hidayahtun Solehah menerima berita gembira apabila permohonannya untuk bertukar sekolah telah diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Beliau yang bakal mengikut suaminya telah ditempatkan di SK Felda Jelai 2, Tampin, Negeri Sembilan bermula pada 22 Mac 2023. Sehubungan dengan itu, satu majlis perpisahan telah diadakan di Dataran Iltizam pada 21 Mac 2023 sebagai tanda penghargaan buat beliau yang telah berkhidmat di SK Kebun Baharu selama lima tahun. Majlis ini adalah anjuran Kelab Guru dan Kakitangan (KGKT) SK Kebun Baharu.

Guru Besar SK Kebun Baharu dalam ucapannya pada majlis itu mengucapkan selamat maju jaya kepada Cikgu Solehah dan berharap beliau akan terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang di sekolah baharunya nanti. Cikgu Solehah pula dalam ucapannya mengharapkan rakan sekeja di SKKB tidak akan melupakannya dan mengucapkan terima kasih kerana memberikan kerjasama yang baik kepada beliau sepanjang beliau berkhidmat di SKKB.

Dalam majlis itu juga Cikgu Solehah telah menerima pelbagai hadiah penghargaan daripada pihak pentadbir, panitia dan rakan-rakan guru. Beliau cukup terharu dengan kehadiran rakan-rakan dan murid-murid dalam majlis tersebut. Semoga Cikgu Solehah akan sukses di sekolah baharunya nanti.

Admin MHS

BARISAN PENTADBIR


Guru Besar
Encik Noor Faiz bin Dasuki
 

Guru Pen. Kanan PENTADBIRAN
Encik Roslan bin Supar
 

Guru Pen. Kanan HEM
Encik Fakhruddin bin Baharum
 

Guru Pen. Kanan KOKURIKULUM
Puan Masni binti Ibrahim
 

Guru Pen. Kanan PETANG
Puan Saiyah binti Naharani @ Aloi