Sekolah Kebun Baharu

Unit Kokurikulum Rai Murid Yang Harumkan Nama Sekolah

Unit Kokurikulum SK Kebun Baharu telah menganjurkan Hari Anugerah Kokurikulum untuk menghargai murid-murid yang telah mewakili sekolah dan mengharumkan nama sekolah dalam pelbagai pertandingan Kokurikulum di peringkat daerah, negeri mahupun kebangsaan. Majlis tersebut telah diadakan pada 15 Februari 2023 di Dataran Iltizam SK Kebun Baharu dengan melibatkan hampir 100 orang murid.

Majlis itu telah disempurnakan perasmiannya oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Kebun Baharu, Encik Roslan bin Supar. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada murid-murid yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah dengan mencatat kejayaan yang membanggakan. Turut berucap dalam majlis tersebut ialah Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Masni binti Ibrahim.

Murid-murid begitu gembira kerana menerima penghargaan daripada pihak sekolah. Semoga penghargaan ini akan menjadi pemangkin semangat kepada mereka untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan datang.

Admin MHS

BARISAN PENTADBIR


Guru Besar
Encik Noor Faiz bin Dasuki
 

Guru Pen. Kanan PENTADBIRAN
Encik Roslan bin Supar
 

Guru Pen. Kanan HEM
Encik Fakhruddin bin Baharum
 

Guru Pen. Kanan KOKURIKULUM
Puan Masni binti Ibrahim
 

Guru Pen. Kanan PETANG
Puan Saiyah binti Naharani @ Aloi