Sekolah Kebun Baharu

Hari Anugerah HEM Hargai Pengawas, PRS Dan Pustakawan

Unit Hal Ehwal Murid (HEM) telah menganjurkan Hari Anugerah HEM untuk menghargai murid-murid yang telah dilantik sebagai Pengawas, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Ketua dan Penolong Ketua Kelas serta Pengawas Pusat Sumber Sekolah. Majlis tersebut telah diadakan pada 14 Februari 2023 di Dataran Iltizam SK Kebun Baharu dengan melibatkan hampir 500 orang murid.

Selain itu, seramai 60 orang murid juga telah dipilih untuk menerima penghargaan dalam Anugerah Sahsiah Terpuji di mana antara kriteria pemilihannya adalah menekankan kepada adab, sikap dan peratus  kehadiran mereka ke sekolah. Majlis tersebut telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang di Pertua PIBG SK Kebun Baharu, Encik Nor Azmil bin Abd Saman.

Murid-murid begitu gembira kerana menerima penghargaan daripada pihak sekolah. Semoga pengalaman sewaktu memegang jawatan akan menyerlahkan kepimpinan mereka pada masa akan datang.

Admin MHS

BARISAN PENTADBIR


Guru Besar
Encik Noor Faiz bin Dasuki
 

Guru Pen. Kanan PENTADBIRAN
Encik Roslan bin Supar
 

Guru Pen. Kanan HEM
Encik Fakhruddin bin Baharum
 

Guru Pen. Kanan KOKURIKULUM
Puan Masni binti Ibrahim
 

Guru Pen. Kanan PETANG
Puan Saiyah binti Naharani @ Aloi