Sekolah Kebun Baharu

Murid Tahun 6 Terima Sijil Di Hari Apresiasi Tahun 6

Seramai 363 orang murid Tahun 6 SK Kebun Baharu telah menerima Fail Sijil dalam satu majlis khas Hari Apresiasi Tahun 6 pada 7 Februari 2023 bertempat di Dataran Iltizam SK Kebun Baharu. Fail tersebut mengandungi dokumen-dokumen penting seperti Sijil Berhenti Sekolah, Sijil Psikometrik, Sijil SEGAK, Sijil PBD dan sijil-sijil penghargaan atas penyertaan murid dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan di sekolah.

Hari Apresiasi Tahun 6 telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang diPertua PIBG SK Kebun Baharu, Encik Nor Azmil bin Abd Saman. Dalam ucapannya, beliau telah mengucapkan tahniah kepada murid-murid Tahun 6 dan berharap mereka akan maju jaya di sekolah menengah nanti. Turut berucap dalam majlis tersebut ialah Guru Besar SK Kebun Baharu, Encik Noor Faiz bin Dasuki.

Rata-rata murid-murid Tahun 6 menyatakan kegembiraan mereka setelah menerima Fail Sijil tersebut. Semoga mereka akan berjaya di sekolah menengah nanti dan tidak melupakan guru-guru sekolah rendah yang telah mendidik mereka sejak dari Tahun 1 dahulu.

Admin MHS

BARISAN PENTADBIR


Guru Besar
Encik Noor Faiz bin Dasuki
 

Guru Pen. Kanan PENTADBIRAN
Encik Roslan bin Supar
 

Guru Pen. Kanan HEM
Encik Fakhruddin bin Baharum
 

Guru Pen. Kanan KOKURIKULUM
Puan Masni binti Ibrahim
 

Guru Pen. Kanan PETANG
Puan Saiyah binti Naharani @ Aloi