Sekolah Kebun Baharu

Murid Tahun 6 Dirai Dalam Jamuan Akhir Tahun

Satu majlis jamuan yang gilang-gemilang telah diadakan untuk meraikan murid-murid Tahun 6 yang bakal meninggalkan SK Kebun Baharu kerana bakal melangkah ke sekolah menengah. Majlis tersebut telah diadakan di Dataran Iltizam, SK Kebun Baharu pada 9 Februari 2023 yang lalu.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh semua 363 orang murid Tahun 6, barisan pentadbir dan guru-guru SK Kebun Baharu. Ketua Murid, Adam Haziq bin Nor Azmil telah diberi peluang untuk berucap mewakili murid-murid Tahun 6. Beliau telah merakamkan penghargaan kepada semua guru yang telah mengajar mereka bermula dari Tahun 1 hinggalah ke Tahun 6.

Guru Besar, Encik Noor Faiz bin Dasuki dalam ucapannya telah menasihatkan murid-murid Tahun 6 agar tidak melupakan jasa guru-guru yang telah mengajar mereka dan mendoakan kejayaan mereka pada masa akan datang. Semoga mereka akan kembali ke SK Kebun Baharu untuk menabur bakti setelah mereka berjaya kelak.

Admin MHS

BARISAN PENTADBIR


Guru Besar
Encik Noor Faiz bin Dasuki
 

Guru Pen. Kanan PENTADBIRAN
Encik Roslan bin Supar
 

Guru Pen. Kanan HEM
Encik Fakhruddin bin Baharum
 

Guru Pen. Kanan KOKURIKULUM
Puan Masni binti Ibrahim
 

Guru Pen. Kanan PETANG
Puan Saiyah binti Naharani @ Aloi