Sekolah Kebun Baharu

Kelas 1 Juara dan 4 Juara Dinobatkan Kelas Terbersih 2022/2023

Kelas 1 Juara dan 4 Juara menerima laba apabila diumumkan sebagai Kelas Terbaik dalam Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas SK Kebun Baharu bagi sesi persekolahan 2022/2023. Kelas-kelas tersebut telah menerima hadiah berupa piala, sijil dan wang tunai dalam satu majlis yang diadakan di Dataran Iltizam pada 13 Februari 2023 yang lalu.

Cikgu Siti Mahanum binti Salamon selaku Guru Kelas 1 Juara dan Cikgu Norimla binti Mohd Osman selaku Guru Kelas 4 Juara telah mengiringi Ketua Kelas masing-masing untuk menerima hadiah yang disampaikan oleh Guru Besar, Encik Noor Faiz bin Dasuki.

Selain itu, enam kelas lain turut menerima Sijil Penghargaan kerana telah mencapai standard yang telah ditetapkan oleh Unit Hal Ehwal Murid SK Kebun Baharu. Tahniah kepada para pemenang. Semoga pertandingan seumpama ini akan diadakan lagi pada masa-masa akan datang.

Admin MHS

BARISAN PENTADBIR


Guru Besar
Encik Noor Faiz bin Dasuki
 

Guru Pen. Kanan PENTADBIRAN
Encik Roslan bin Supar
 

Guru Pen. Kanan HEM
Encik Fakhruddin bin Baharum
 

Guru Pen. Kanan KOKURIKULUM
Puan Masni binti Ibrahim
 

Guru Pen. Kanan PETANG
Puan Saiyah binti Naharani @ Aloi