Sekolah Kebun Baharu

Cabutan Bertuah Kehadiran Terbaik : Amir Hayqal Menang Basikal

Muhammad Amir Hayqal dari kelas 6 Cerdik telah memenangi hadiah utama berupa sebuah basikal dalam cabutan bertuah yang diadakan sempena Program Zoom In Murid untuk sesi persekolahan 2022/2023. Program ini anjuran Unit Hal Ehwal Murid SK Kebun Baharu sebagai satu cara untuk memberi galakan kepada murid-murid supaya hadir ke sekolah. Majlis cabutan bertuah tersebut telah diadakan pada 10 Februari 2023 bertempat di Dataran Iltizam SK Kebun Baharu.

Semua murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6 berpeluang untuk memenang hadiah cabutan bertuah yang disediakan dengan syarat mereka mesti hadir penuh ke sekolah setiap bulan. Setelah ditapis, seramai lebih 80 orang murid telah disenarai pendek untuk bersaing sebagai penerima hadiah cabutan bertuah. Antara hadiah cabutan bertuah seperti buku, alat tulis dan kelengkapan persekolahan.

Barisan pentadbir telah diberi peluang untuk membuat cabutan bertuah dengan pemenangnya dipilih mengikut tahun. Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Semoga program seumpama ini akan diadakan lagi pada masa akan datang.

Admin MHS

BARISAN PENTADBIR


Guru Besar
Encik Noor Faiz bin Dasuki
 

Guru Pen. Kanan PENTADBIRAN
Encik Roslan bin Supar
 

Guru Pen. Kanan HEM
Encik Fakhruddin bin Baharum
 

Guru Pen. Kanan KOKURIKULUM
Puan Masni binti Ibrahim
 

Guru Pen. Kanan PETANG
Puan Saiyah binti Naharani @ Aloi